siapa pun anda nak menilai saya terpulang kepada anda kerana saya bukan dilahirkan untuk memuaskan hati semua orang tetapi cukuplah sekadar apa yang saya lakukan itu betul dan itu cara saya . FARRAH NATIQAH ~
Monday, 17 October 2011
Sudah
Alhamdulillah pada hari ini terumumnya ketua dan penolong baru. Hai. aku sangat tak sabar nak habis sem ni cepat-cepat. Sudah terexcited nak ke sem baru. Tahniah buat rakanku Azizul Hakim dan Nabila Razis. Semoga korang dapat bekerjasama dengan baik. Baik sebaik-baiknya. Itulah yang aku harapkan. Kepada seseorang terima kasih kerana telah membuat aku gembira, bahagia dan sedih. ya. Semangnya aku dah gagahkan diri aku untuk bercakap dan bersabar dan memikir perasaan. TAMAT. Sebak. Banyak sangat kenangan yang pahit, manis, kelat dan payau. Terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberikan aku semangat dan menyokong aku. Nurun,Aishah,Nabila,Zalini, Farita, Fatihah, Mass,Kinah, Inn. Tak lupa juga rakan-rakan yang lain di kelas BM2 Nasrul, Alan,Amir, Syafiq, Syahir, Fidelis, Kamirul dan Armaan. Aku sayang korg. Aku sangat menghargai. Cik Atin jiranku banyak mendengar masalah aku. Thanks Fatin kerana banyak memberi jalan dan menenangkan aku disaat aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Dah nak berakhir Fatin ! Walaupun kau tak sama kelas dengan aku, tapi kau memahami masalah dan perasaan aku. Lepas ni susah dah kau nak tengok aku menangis kannn .. hehehe. Aku ingat kata-kata kau. Aku diberikan cabaran seperti ini untuk aku bersedia hari yang akan datang. Mana tahu suatu hari nanti aku akan menerima cabaran yang lagi teruk daripada apa yang aku lalui. yeeee. Ak harap aku dah berjaya ! Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku walaupun pada zahirnya kita berbeza tapi kau sanggup menerima diriku sebagai kawanmu. cewahh. Nak cari kawan waktu senang ramai, waktu susah.. tak ramai. waktu aku susah muka kau aku terbayang-bayang. Kesian kau !! heeee. melawak je tau. Maaf sebab selalu ke bilik kau meluahkan perasaan. Tapi aku lega gila. ko banyak beri nasihat kat aku ;)
Tuesday, 11 October 2011
Penantian demi penantian
Cepatlah masa berlalu aku tak nak berhadapan lagi. Ya ALLAH, aku dah x boleh teruskan lagi. Aku cuba tapi membuatkan aku semakin meluat, menyampah. Sehingga hari ini aku masih simpan lagi. Aku takut aku dah tak tahan dengan perangai dia lagi. Berakhirlah cepat !!! = (
Sunday, 9 October 2011
Mempercayai
Bukan mudah untuk kita meletakkan kepercayaan kepada seseorang. Apabila kita dah memberikan kepercayaan sepenuh kepadanya tanpa membuat senarai semak kali kedua kita berasa di dalam keadaan selesa. Tapi disebalik keselesaan yang kita hadapi manusia tersebut telah senang lenang meninggalkan titik hitam. peluang kedua? Entah. Kalau ada. sometimes someone has to walk out of your life for someone better to walk in. Kita tak tahu apa akan terbaik buat kita. jadikan pemergian itu sebagai pemergian yang menjadikan kita manusia yang banyak berfikir.
Selamat Malam Semua ;)
Selamat Malam Semua ;)
Sunday, 2 October 2011
Hujung Minggu 02/10/2011
Hujung minggu yang paling menyeronokkan. Aku dan beberapa orang rakan di dalam kelas telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami iaitu Nabila di Jerantut. Kira ok lah daripada pembangunan di Lipis ni. Sangat fun bila masing-masing menceriakan suasana. Kami menjamu selera Popia, Karipap dan Laksa yang sangat sedap. Kenyang. Terima kasih "Mak". Nenek Nabila yang dipanggil Mak. Kami jalan-jalan di sekitar Jerantut. Lepas tu makan lagi di Pizza Hut. Hau Hau Hau banyak kali kami makan dalam sehari. Balik tu pula kami dibekalkan nasi ayam pulak. Memang bolehlah dimakan pada waktu malam nanti. Alhamdulillah. Kalau nak diikutkan pengembaraan kami tak lah jauh tetapi aku rasa sangat gembira. Kami bersembilan sefahaman ketika itu. Semoga kita akan ke tempat yang lagi jauh. Lagi seronok! Sayang anda semua . ;)
Picture yang berjaya di snap-snap sebagai kenangan.
Picture yang berjaya di snap-snap sebagai kenangan.
Lokasi di stesen Keretapi Jerantut |
kawan-kawanku yang mengikuti |
Kegemaran aku |
comel |
waw waw waw lah |
Subscribe to:
Posts (Atom)