Friday 26 August 2011

SAYA HARUS MENJAGA HATINYA

Aku baru faham apa dia  tak suka.
Kadang-kadang jadi fobia pulak,
Boleh ke aku nak gurau macam tu,
Boleh ke aku keluarkan perkataan tu,
TAKUT TAKUT
tapi aku adalah aku...
aku dan ketawa memang tak dapat dipisahkan,
Kalau dah memang aku mcm tu,
orang lain pun perlu terima aku juga seadanya. huhu.
kesian kat aku nanti.. hehe..

kadangkala aku fikir..
Lebih baik diam daripada kata-kata aku menyakiti hati orang lain.
boleh ke aku diam? boleh. sekejap. hmmmmhh..

*mulut adalah senjata yang paing tajam. sila jaga.

=)


Sunday 21 August 2011

Adakah Malam Itu ?

aku kunci jam pukul 3.30 pagi untuk bangun sahur dan aku terbangun pada jam 4.30. dalam diri rasa mahu terus tidur tetapi aku cepat-cepat bangun sebab ada orang kata malam tu malam Lailatul  Qadar. sepanjang perjalanan aku nak ambil air sembahyang aku berasa sangat sedih dan dalam hati aku berkata ya Allah adakah malam ini? Adakah aku? sebab aku memang tak pernah rasai. badan aku seakan-akan ada tarikan. aishh. aku cepat2 pergi ambil air sembahyang dan baliknya pun aku rasa begitu. semasa sembahyang aku rasa nak menangis. tak tahu kenapa. aku baca Al-Quran pun cepat-cepat tak sabar nak keluar untuk rasai lagi benda begitu. Ahai. sangat berbeza.


esoknya tengah hari aku tanya jiran adakah malam semalam Lailatul Qadar ? dan dia berkata dia tak pasti tetapi dia ada bau wangi sewaktu hendak keluar dari bilik. dan dia mendengar bunyi binatang yang sangat kuat. aishhh.


ya Allah, apa pun yang terjadi aku berharap agar aku dapat melalui malam itu dengan penuh harapan. aku akan terus menunggu dan seandainya semalam.. aku rasa amat bersyukur.. ya Allah aku diciptakan olehMu, dan aku akan pulang ke pangkuanMu, dan aku adalah milikMu. Aku tak tahu sama ada aku sempat hidup pada Ramadhan akan datang. ketika malam itu, kali pertama aku bersahur bulan ni makan nasi.. huhu..


Tuesday 9 August 2011

IBU DAN AYAH

tiada kata yang dapat diungkapkan yang saya sangat sayang akan ibu dan ayah saya. ayah pesan jimat. ibu pesan belajar elok-elok. itu kali terakhir jumpa ibu dan ayah. ibu, ayah terima kasih buat segalanya. saya akan ingat sampai bila-bila pengorbanan ibu dan ayah. saya selalu doakan ibu dan ayah sihat. kalau sakit, saya tak tenteram duduk jauh-jauh.  rindu. ------ anakmu, Farrah Natiqah