Sunday, 21 August 2011

Adakah Malam Itu ?

aku kunci jam pukul 3.30 pagi untuk bangun sahur dan aku terbangun pada jam 4.30. dalam diri rasa mahu terus tidur tetapi aku cepat-cepat bangun sebab ada orang kata malam tu malam Lailatul  Qadar. sepanjang perjalanan aku nak ambil air sembahyang aku berasa sangat sedih dan dalam hati aku berkata ya Allah adakah malam ini? Adakah aku? sebab aku memang tak pernah rasai. badan aku seakan-akan ada tarikan. aishh. aku cepat2 pergi ambil air sembahyang dan baliknya pun aku rasa begitu. semasa sembahyang aku rasa nak menangis. tak tahu kenapa. aku baca Al-Quran pun cepat-cepat tak sabar nak keluar untuk rasai lagi benda begitu. Ahai. sangat berbeza.


esoknya tengah hari aku tanya jiran adakah malam semalam Lailatul Qadar ? dan dia berkata dia tak pasti tetapi dia ada bau wangi sewaktu hendak keluar dari bilik. dan dia mendengar bunyi binatang yang sangat kuat. aishhh.


ya Allah, apa pun yang terjadi aku berharap agar aku dapat melalui malam itu dengan penuh harapan. aku akan terus menunggu dan seandainya semalam.. aku rasa amat bersyukur.. ya Allah aku diciptakan olehMu, dan aku akan pulang ke pangkuanMu, dan aku adalah milikMu. Aku tak tahu sama ada aku sempat hidup pada Ramadhan akan datang. ketika malam itu, kali pertama aku bersahur bulan ni makan nasi.. huhu..


2 comments:

  1. mu ni macm2 tulis..tpi best gak ...leh gak aku baca sesuatu...

    ReplyDelete
  2. requestlah apa ko nak aku tulis. haha

    ReplyDelete

Komen anda

Note: only a member of this blog may post a comment.