siapa pun anda nak menilai saya terpulang kepada anda kerana saya bukan dilahirkan untuk memuaskan hati semua orang tetapi cukuplah sekadar apa yang saya lakukan itu betul dan itu cara saya . FARRAH NATIQAH ~
Wednesday, 28 September 2011
Aku Juga Ada Perasaan
Entry aku kali ini aku ingin menyatakan sedikit rasa sedih di dalam diri lah. Kenapa yang orang yang terang-terang menyakitkan di mata orang langsung tak peduli? sedangkan aku yang tak buat apa-apa menyakitkan hati orang lain. aku buat tak kena? kadang-kadang nak je aku jadi orang bisu dan hanya gelak, marah di dalam hati melihat gelagat manusia. aishh !! tapi aku bukan bangang. aku pun ada jugak perasaan. kalau nak jaga perasaan orang lain ja, perasaan aku? ada org kisah? TAK! Jangan pergunakan kelembutan seorang perempuan untuk menjadikan anda berkuasa. aku takkan benarkan.
Monday, 26 September 2011
Teater
Pada 25 September aku telah menghadiri bengkel MonoDrama yang diadakan di maktab aku sendiri. Apa itu MonoDrama? seorang pelakon yang melakonkan sebuah cerita dengan pelbagai watak dan peristiwa. ya ! sememangnya sangat susah. kita patut kagum dan bangga seorang pelakon yang boleh berlakon pelbagai watak dengan menggunakan tenaga dan masa yang agak panjang. Memang ni kali pertama aku mengenali teater. Sememangnya sepanjang bengkel tu aku dapat manfaatkan pelbagai ilmu dan nilai yang telah diberikan kepada aku. Hidup kita yang kita lalui pada setiap hari ini juga adalah sebuah teater secara tidak langsung. Apa itu teater? Ada pelakon, prop dan lain-lain tetapi teater boleh diertikan dengan satu perkataan iaitu kehidupan. bukan mudah untuk kita berteater di hadapan orang ramai. menggunakan pelbagai emosi, ton suara yang menarik perhatian orang ramai. sangat sukar bagi aku yang tak tahu apa-apa. tapi, sebagai seorang cikgu nanti aku boleh berteater di hadapan kanak-kanak memandangkan pada hari ini cara yang disarankan untuk guru mengajar adalah dalam bentuk didik hibur. seorang guru yang tidak pandai untuk berlakon kemungkinan dia tidak dapat menarik perhatian kelas. dan aku juga tertarik dengan kata-kata penggiat bahawa teater boleh mendekatkan diri kepada Allah. sebab? kalaulah di dalam solat itu kita betul-betul khusyuk sudah pasti kita dapat merasakan kehadiran Allah. dalam kita tak sedar kita juga sedang berteater ketika itu.
Sedikit motivasi diri ingin kongsi buat rakan-rakan yang ingin berteater ialah yakin diri, disiplinkan diri, ilmu perlu ada dan ilmu perlu ditambah dari masa ke semasa. jangan salah gunakan teater. Darah gemuruh memang ada pada semua orang tatapi apa yang penting cara kita nak atasinya. sedangkan orang yang bertahun-tahun jadi jurucakap pun ada gemuruhnya. apatah lagi aku. masalah itu dapat diatasi dengan latih tubi. Guru yang tiada ilmu lakonan tidak dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Aku setuju. seorang guru yang tidak mampu berlakon di hadapan kelas tidak dapat menarik perhatian pelajar apatah lagi nak fahamkan pelajar. Dalam kehidupan kita kalau kita pandai berteater ketika berhadapan dengan orang ramai alangkah bagusnya. jika kita rasa kita patut marah, kita marah. kalau kita rasa kita perlu bercakap, kita bercakap. Hanya dengan setakat sekolah darjah 6 penggiat teater tersebut dapat belajar tentang erti kehidupan. apatah kita yang akan ke degree. sepatutnya kita lebih dari itu. terima kasih Allah kerana ENGKAU telah menjadikan aku insan terpilih untuk mempelajari banyak nilai di dalam kehidupan ini. Alhamdulillah. memang aku tak pandai nak berlakon tapi sekurang-kurangnya terdetik dalam hati aku nak tahu apa itu teater.
TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA
ketika berada di pentas :
sedar diri,
sedar teman,
sedar ruang.
sedar ruang.
Bila saya dapat awak
Bila saya dah dapatkan awak saya tak tahu nak bawa awak pergi mana. masa saya nak awak sangat mengantan-ngantan. sangat jatuh cinta pada awak dengan seimbas tengok. telah lama. tapi tak ada warna yang sesuai yang memuaskan hati saya. akhirnya saya jumpa awak tanpa sengaja. kesabaran saya dibalas dengan kepuasan lah. masa itu nak beli awak tak ada wang. maklum lah lepas raya beli macam-macam. sebelum raya beli benda mengarot. menyesal jugak. kalau saya simpan untuk beli awak kan bagus. akhirnya wang saya sudah cukup untuk beli awak setelah dikumpulkan. selepas dah ada wang nak cari saiz gila la payah. awak tak dikeluarkan dengan banyak saiz. aduh. runsing. saya punya perangai kalau balik tu hati masih teringat-ingat benda tu memang kena beli lah. kalau tak, asyik duk tengok-tengok je. hehe. akhirnya 4 buah kedai al-Ikhsan di Kuantan awak telah dijumpai dah la saiz 5.5 paling besar. nasib saya muat. jaga diri baik-baik di Kuantan. di sini saya nak pakai pun tak tahulah ke mana. kalau di pikir-pikir balik memang macam membazir tapi saya dah lama inginkan cuma tak jumpa yang semanis warna ini. rasanya tak salah. huhu.
Tunggu ada seluar yang sesuai untuk di pakai barulah akan disarungkan ke kaki ini. |
Subscribe to:
Posts (Atom)