Monday, 26 September 2011

Teater

Pada 25 September aku telah menghadiri bengkel MonoDrama yang diadakan di maktab aku sendiri.  Apa itu MonoDrama? seorang pelakon yang melakonkan sebuah cerita dengan pelbagai watak dan peristiwa. ya ! sememangnya sangat susah. kita patut kagum dan bangga seorang pelakon yang boleh berlakon pelbagai watak dengan menggunakan tenaga dan masa yang agak panjang. Memang ni kali pertama aku mengenali teater. Sememangnya sepanjang bengkel tu aku dapat manfaatkan pelbagai ilmu dan nilai yang telah diberikan kepada aku. Hidup kita yang kita lalui pada setiap hari ini juga adalah sebuah teater secara tidak langsung. Apa itu teater? Ada pelakon, prop dan lain-lain tetapi teater boleh diertikan dengan satu perkataan iaitu kehidupan. bukan mudah untuk kita berteater di hadapan orang ramai. menggunakan pelbagai emosi, ton suara yang menarik perhatian orang ramai. sangat sukar bagi aku yang tak tahu apa-apa. tapi, sebagai seorang cikgu nanti aku boleh berteater di hadapan kanak-kanak memandangkan pada hari ini cara yang disarankan untuk guru mengajar adalah dalam bentuk didik hibur. seorang guru yang tidak pandai untuk berlakon kemungkinan dia tidak dapat menarik perhatian kelas. dan aku juga tertarik dengan kata-kata penggiat bahawa teater boleh mendekatkan diri kepada Allah. sebab? kalaulah di dalam solat itu kita betul-betul khusyuk sudah pasti kita dapat merasakan kehadiran Allah. dalam kita tak sedar kita juga sedang berteater ketika itu.


Sedikit motivasi diri ingin kongsi buat rakan-rakan yang ingin berteater ialah yakin diri, disiplinkan diri, ilmu perlu ada dan ilmu perlu ditambah dari masa ke semasa. jangan salah gunakan teater. Darah gemuruh memang ada pada semua orang tatapi apa yang penting cara kita nak atasinya. sedangkan orang yang bertahun-tahun jadi jurucakap pun ada gemuruhnya. apatah lagi aku. masalah itu dapat diatasi dengan latih tubi. Guru yang tiada ilmu lakonan tidak dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Aku setuju. seorang guru yang tidak mampu berlakon di hadapan kelas tidak dapat menarik perhatian pelajar apatah lagi nak fahamkan pelajar. Dalam kehidupan kita kalau kita pandai berteater ketika berhadapan dengan orang ramai alangkah bagusnya. jika kita rasa kita patut marah, kita marah. kalau kita rasa kita perlu bercakap, kita bercakap. Hanya dengan setakat sekolah darjah 6 penggiat teater tersebut dapat belajar tentang erti kehidupan. apatah kita yang akan ke degree. sepatutnya kita lebih dari itu. terima kasih Allah kerana ENGKAU telah menjadikan aku insan terpilih untuk mempelajari banyak nilai di dalam kehidupan ini. Alhamdulillah. memang aku tak pandai nak berlakon tapi sekurang-kurangnya terdetik dalam hati aku nak tahu apa itu teater.

TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA 

ketika berada di pentas :
sedar diri,
sedar teman,
sedar ruang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda

Note: only a member of this blog may post a comment.